Istilah Sastera : Metafora


METAFORA

Metafora merupakan  bahasa perbandingan yang membandingkan benda atau objek abstrak dengan benda atau objek konkrit.

Metafora dikenali juga sebagai gabungan kata abstrak dan konkrit

Tujuan utama penggunaan metafora dalam karya sastera adalah untuk melahirkan keindahan bahasa yang dapat memberi gambaran terhadap aspek kejiwaan, harapan, dan  tanggapan pengarang. 

Keupayaan bahasa metafora adalah ia dapat memberi gambaran jelas tentang aspek kejiwaan yang seterusnya dapat diterjemahkan secara jelas dan nyata.

Ungkapan metafora kebiasaan terdiri dari binaan dua patah kata
Contohnya :  bingkai waktu,  awan harapan,  garis-garis mimpi

Kaedahnya adalah sebagaimana kata bingkai merupakan kata konkrit yang dikaitkan dengan waktu iaitu abstrak. Waktu dianggap abstrak kerana tidak dapat dilihat atau dipegang tetapi kata bingkai merupakan objek konkrit yang dapat dizahirkan dalam struktur atau bentuk tertentu

Maka lahirlah ungkapan bingkai waktu.

Dari aspek pengertiannya bingkai waktu dapat difahami sebagai harapan atau peluang yang dimiliki dalam hidup.


Lihat foto di atas

Apakah metafora yang dapat diterbitkan dari foto tersebut?

Sila kemukakan di dalam komen

Jangan takut bermain bahasa kerana di dalamnya penuh warna kata



Comments