27 Oct 2012

Anak-Anak Suria




CERPEN ANAK-ANAK SURIA (ZAHARAH NAWAWI)

TEMA

Cerpen ini bertemakan kasih-sayang antara manusia dan haiwan. Kasih sayang ini dibuktikan oleh pasangan Hakim dan Amanani yang sanggup mengambil orang gaji khas untuk menjaga Suria semasa ketiadaan mereka mengerjakan haji. Mereka juga membuat aduan polis apabila mendapati Ayu mendera anak-anak Suria.

PERSOALAN
Persoalan kasih-sayang terhadap haiwan. 
Contonya: Hakim dan Amanani melayan suria seekor kcing seperti anak sendiri.

Persoalan Kejujuran dalam melaksanakan tugas. 
Cotohnya: Ayu pengasuh kepada anak- anak suria yang tidak menjalankan tugasnya dengan jujur dan ikhlas.

Persoalan Kesedaran terhadap hak asasi haiwan.
Contohnya: Hakim dan Amanani pasangan suami isteri yang sanggup menjaga dan merawat Didi di hospital haiwan.

Persoalan Reda menerima ujian.
Contohnya: Hakim dan Amanani sanggup memaafkan ayu dan menerima segala kesalahan ayu sebagai ujian.

WATAK DAN PERWATAKAN

Hakim
1. Suami kepada Amanani.
2. Bekerja di pejabat.
3. Tidak mempunyai cahaya mata.
4. Seorang yang teliti. Contoh: Mengadakan temuduga untuk mencari penjaga Suria
5. Seorang yang penyayang.Contoh: Dia melayan Suria seperti anak sendiri.
6. Seorang yang berpegang teguh pada ajaran Islam.Contoh: Hakim berpegang kepada perintah Allah dengan menerima hakikat kematian bagi setiap makhluk.

Amanani.
1. Isteri kepada Hakim.
2. Tidak mempunyai anak.
3. Seorang yang penyayang.
Contoh: Kepada suaminya dan anak-anak Suria (kucing).
4. Seorang yang pemurah.
Contoh: Berhasrat ingin membelikan Ayu rantai emas kerana berpuas hati dengan layanan Ayu kepada Suria.
5. Seorang yang penyabar.
Contoh: Sabar menerima ujian Tuhan dan redha dengan hakikat kematian anak-anak Suria.
6. Seorang yang mesra. Contoh: Dia bersikap mesra dengan pembantu rumahnya dan melayannya dengan baik.

Ayu
1. Seorang gadis muda yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. Seorang yang cuai. Contoh: Tidak mejaga Suria dengan baik menyebabkan Suria hilang selama satu minggu.
3. Seorang yang berpura-pura. Contoh: Menunjukkan sikap penyayang kepada haiwan di hadapan majikan.
4. Seorang yang kejam. Contoh: Bersikap kejam terhadap binatangdengan mendera Didi yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat dengan tali.

STRUKTUR PLOT

Permulaan .
Pasangan Hakim dan Amanani memiliki seekor kucing bernama Suria yang sangat disayangi seperti anak sendiri. Pasangan ini terpaksa mencari seorang penjaga suria sepanjang mereka menunaian ibadat haji di Mekah. Sesi temuduga diadakan bagi memilih penjaga yang sesuai. Akhirnya Ayu seorang gadis muda yang sedang menunggu keputusan SPM telah dipilih kerana dilihat sebagai calon yang paling layak.

Perkembangan.
Sepanjang ketiadaan Hakim dan Amanani, sSuria pernah hilang selama seminggu. Selepas itu suria didapati mengandung. Sekembalinya Hakim dan Amanani dari Mekah mereka menerima berita tersebut dengan gembira. Suria melahirkan lima ekor anak yang diberi nama Manja, Awan, Bayu, Mega dan Didi.

Puncak/ Klimak.
Kematian Manja menyebabkan pasangan tersebut bersedih. Ditambah lagi dengan kehilangan Awan dan kematian Bayu yang terjatuh di dalam longkang. Hakim dan Amanani mula menaruh syak terhadap kejujuran Ayu.

Peleraian.
Didi telah dihantar ke pusat rawatan. Hakim dan Amanani pulang semula ke rumah dan menggali semula kubur Manja dan Bayu. Hanya seketul batu yang ditanam oleh Ayu. Ayu mengaku telah mendera anak-anak Suria. Hakim dan Amanani telah membuat laporan polis terhadap perbuatan tersebut.

TEKNIK PLOT

Pemerian.
Contoh: Kemurungan perasaan Amanani segera terubat menyaksikan Keletah Suria.

Dialog.
Contoh: “ Ini Suri.” Seperti biasa Hakim memperkenalkan

Monolog.
Contoh: Dalam perjalanan pulang Nani menyesali diri.“ Kita fikir kita sudah dapat membantu yang cukup baik. “ Suaranya malas bertingkah dengan deru kereta.

Kejutan.
Contoh: Tiba-tiba telinga Nani terdengar seperti bunyi anak kucing menjerit-jerit kecemasan dari arah tong sampahnya.

LATAR

Latar Masa
Pada waktu petang.
Contoh: Hakim baru pulang dari kerja. Dia segera memanggil Suria untuk bermain-main setelah penat bekerja.

Pada waktu pagi.
Contoh: Amanani telah terlibat dalam kemalangan sewaktu ingin ke pejabat.

Latar Tempat
Di kawasan sekitar rumah Hakim dan Amanani, bilik Suria dan dapur.

Bilik Suria.
Contoh: tempat Hakim dan Amanani bermain-main dengan Suria dan anak-anaknya.

Dapur
Contoh: Ayu sedang menggoreng pisang di dapur.

Di pusat rawatan haiwan.
Contoh: Hakim dan Amanani membawa Didi ke pusat rawatan haiwan. Didi terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan selama seminggu.

Di balai polis.
Contoh: Hakim dan Amanani membuat laporan polis berkaitan kemalangan dan seterusnya laporan terhadap penderaan terhadap haiwan yang dilakukan oleh Ayu, pembantu rumah mereka.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang menyayangi binatang.
Contoh: Hakim dan isterinya, Amanani sangat menyayangi haiwan peliharaan mereka yang bernama Suria.

Masyarakat yang suka berpura-pura.
Contoh: Ayu merupakan seorang gadis yang berpura-pura menyayangi binatang sedangkan hatinya sebaliknya.

Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam.
Contoh: Hakim dan Amanani mengerjakan ibadah haji di Mekah. Hakim juga menasihati isterinya agar reda dengan ketentuan Allah yang menangisi kematian Manja dan Bayu serta kehilangan Awan.

Masyarakat yang bertindak kejam terhadap haiwan.
Contoh: Ayu dilambangkan sebagai kelompok masyarakat yang suka melakukan penderaan terhadap haiwan yang tidak berdosa dengan kejam. Ayu telah membunuh Manja dan Bayu, malah menyebabkan Awan hilang daripada jagaan Hakim dan Amani.

Masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran terhadap hak asasi haiwan peliharaan
Contoh: Hakim dan Amanani diketawakan oleh beberapa orang yang berada dibalai polis ketika itu kerana membuat kematian tentang anak kucing.


GAYA BAHASA

Peribahasa
Contoh: Pengerat simpulan tali kasih antara mereka berdua. (hal. 95)

Personifikasi.
Contoh: Suaranya malas. (hal. 102)

Simile.
Contoh: Putih melepak seperti kapas. (hal. 98)

Sinkof.
Contoh: “ Abang dengar tak?. ( hal. 99)

NILAI

Nilai Kasih Sayang.
Contoh: Hakim dan Amanani sangat menyayangi Suria (kucing) seperti anak sendiri

Nilai Kejujuran.
Contoh: Ayu berpura-pura menyayangi Suria sedangkan dia seorang yang tidak berperikemanusiaan.

Nilai Keredhaan.
Contoh: Hakim dan Amani reda dengan ketentuan tuhan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Ayu kepada anak-anak kucing kesayangan mereka. Pembelaan terhadap hak asasi haiwan peliharaan. Hakim dan Amanani menpunyai kesedaran yang tinggi terhadap hak asasi haiwan.

Nilai Bertanggungjawab.
Contoh: Ayu tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.

Pengajaran

Kita hendaklah bersikap mengasihi haiwan kerana amalan tersebut amat dituntut dalam semua agama. Contoh: Hakim dan Amanani menyayangi anak-anak Suria.

Kita hendaklah bersikap jujur apabila diberikan amanah.
Contohnya: Watak Ayu yang tidak bersikap jujur dalam melaksanakan amanah untuk menjaga Suria.

Kita hendaklah bersikap tawakal dan redha di atas peristiwa buruk yang berlaku dan tidak terlalu melayan kesedihan. Contoh: Amanani redha dengan kematian Manja dan Bayu.

Setiap manusia haruslah dididik dengan kesedaran terhadap hak asasi haiwan supaya kes penderaan haiwan dapat dikurangkan. Contoh: Ayu yang mendera anak-anak Suria.

Kita bersikap tanggugjawab terhadap amanah yang diberikan. Contoh: Ayu tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena